GURU KE CIKGU ?

Guru sememangnya suatu kerjaya yang begitu mulia sekali, sungguhpun ganjaran wangnya tidaklah seberapa. saya dulu terfikir juga, susah ke nak jadi cikgu? macam senang je kan? tapi bila saya dah bekerja barulah saya rasa betapa susahnya nak jadi cikgu, jadi cikgu sambil lewa memang senang, tapi kalau nak jadik cikgu yang ikhlas, mengajar dari hati amatlah mencabar. Bila pelajar mengkasari, biadap dan tak menghormati saya....saya pujuk diri, yang saya mengajar dari hati.
kalau ada imbuhan, alhamdulillah, kalau takde, cukuplah sekadar terima kasih daripada anak murid saya.
sedih bila ada nista tentang kelemahan guru. Ingatlah, selagi ada insan yang bergelar guru di malaysia, selagi itulah kita akan jadi bangsa yang berdaulat.

Untuk kawan-kawan seperguruan, pelajar...tolonglah hayati sajak dari Usman Awang,

Sajak - Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah
di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
(USMAN AWANG1979)

kalau kita baca bait - Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa. Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
tertitis air mata.....Terima Kasih Cikguku....

1 comment:

Cikgu Ziha said...

Jiwa guru hingga ke akhir hayat - TAKZIAH dan al-fatihah buat Allahyarham Tan Sri Abdul Rafie Mahat...

Kenang Jasa Guru...

To X-D'SAIDIANS... Any message for you x-teacher? just e-mail here... hana7626@gmail.com